Notis Privasi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

Data yang dikumpul

Nama, email, nombor telefon, kod jemputan (jika ada), dan cap masa pendaftaran. Untuk mencegah pendaftaran palsu, kami menyimpan cincangan (hash) sehala alamat IP dan jenis peranti — bukan alamat IP sebenar.

Tujuan

Memberi akses kepada 30 Gaya Video, menghantar jemputan grup WhatsApp dan maklumat kelas percuma, mengira jemputan yang sah untuk bonus, dan menghubungi anda tentang tawaran berkaitan jika anda bersetuju.

Perkongsian

Data tidak dijual atau dikongsi kepada pihak ketiga untuk pemasaran mereka. Data disimpan pada pelayan pangkalan data yang dilindungi.

Hak anda

Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda, atau berhenti menerima mesej pemasaran pada bila-bila masa dengan menghubungi pentadbir melalui grup WhatsApp atau email yang tertera dalam mesej kami.

← Kembali